LATAR BELAKANG MUKIM


SEJARAH MUKIM



Bukit Raya berasal dari nama sebuah bukit di Kg. Bukit Raya. Menurut Kajian dan cerita dari mulut orang tua-tua dahulu iaitu Tuan Haji Salleh Bin Haji Puteh, nama Kampung Bukit Raya berasal dari nama Kg. Bukit Raja, nenek beliau pernah berkhidmat dengan keluarga Diraja yang tinggal disini.

Semenjak Tahun 1840 lagi kekanda kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Raja memerintah Negeri Kedah) yang bernama Tengku Rahimah telah membina sebuah istana diatas Bukit Raja.—Bekas tapak Istana ini sekarang telah dijadikan Kompleks Bernas.

Pengaruh dari penjajahan Siam keatas Negeri Kedah dahulu telah mempengaruhi dialek atau loghat dan pertuturan penduduk(Pelat Siam) setempat, terutamanya bagi Kg. Alor Mengkuang, Kg. Alor Ali, Kg.Tok Pauh dan Kg. Senggora.

Bagi sesetengah orang tua-tua masih boleh bertutur bahasa Siam tempatan, demikian jugalah pengaruh perkataan Raja menjadi Raya atau Bukit Raya. Terdapat juga hubungan kekeluargaan dengan penduduk di Selatan Thailand seperti Wilayah Patani,Yala, Senggora dan Satun sehingga hari ini.





PENGENALAN



Mukim Bukit Raya adalah salah sebuah dari 8 Buah Mukim dalam Daerah Pendang yang telah wujud Sejak sebelum Tahun 1935 lagi,dahulunya Pentadbiran Daerah Pendang (Daerah Kecil) dibawah Pegawai Daerah Kota Setar di Bangunan Wan Mat Saman.

Pada 1 FEBRUARI 1975 Pendang diisytiharkan Daerah baru menjadi Daerah yang Ke - 11 dalam Negeri Kedah. Persempadanan Mukim Bukit Raya adalah seperti berikut:-

Utara : Mukim Tajar, Mukim Derga dan Mukim Pengkalan Kundur Dalam Daerah Kota Setar
Selatan : bersempadankan Mukim Ayer Puteh dan Mukim Sala Besar Daerah Yan.
Timur : dengan Mukim Tobiar, Mk Guar Kepayang dan Mk. Padang Pusing Di Daerah Pendang.
Barat : bersempadan dengan Mukim Kangkong dan Mk. Sala Kecil Daerah Kota Setar.


PUSAT PENTADBIRAN MUKIM


Pejabat Daerah Pendang adalah pusat pentadbiran Mukim Mukim dalam  Daerah Pendang terletak 13 km dari Pejabat Penghulu dari Pekan Tokai.  Zaman dahulu urusan pentadbiran mukim dijalankan dirumah Penghulu sendiri bermula dengan Penghulu Md. Arshad bertempat di Jalan Kampung 30, Tokai . Pada 1 JANUARI 1980, Pejabat Penghulu Mukim Bukit Raya telah berpindah diatas sebidang tanah Kerajaan Negeri Kedah, di Pekan Tokai, dan ditempatkan bersekali dengan  Dewan orangramai Tokai, dewan ini telah dibina melalui peruntukan Kerajaan semasa Pilihanraya Kecil DUN Bukit Raya Pada Tahun 1969. Pada Tahun 2007, melalui peruntukan Kerajaan dibawah Projek Infrastruktur Awan (PIA) sebuah bangunan baru  khas untuk Penghulu telah dibina.

Pada tahun 2008 pula sebuah Perpustakaan Desa  telah dibina,dan pada November 2009 bekas Dewan telah diubahsuai menjadi Pusat Jalur Lebar Komuniti Mukim Bukit Raya.(PJK), dibawah kelolaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Syarikat Telekom Malaysia Bhd (STMB), mula beroperasi Pada Disember 2009/1430 Hijrah.


Komplek Pejabat Penghulu terdapat 3 blok bangunan yang menempatkan 4 Jabatan
kerajaan:-

1.     Pejabat Penghulu Mukim Bukit Raya
2.     Perpustakaan Desa Tokai (Perpustakaan Negara Malaysia)
3.     Pusat Jalur Lebar Komuniti Mukim Bukit Raya @ PJK (Suruhanjaya Komunikasi  dan Multimedia)
4.     Kelas Jahitan KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat )




PENGHULU



MOHD ISA BIN HAJI ARIFF

Peranan dan tanggungjawab Institusi Penghulu di Kedah Darul Aman telah pun wujud sejak awal zaman Pemerintahan Beraja. Sehingga kini, institusi ini mengalami perubahan struktur dan organisasi mengikut peredaran masa.

Kini, perjawatan Penghulu sebagai Ketua Pemerintahan di peringkat Mukim bertanggungjawab penuh kepada Pegawai Daerah selaku Ketua Pentadbiran Tanah.

Penghulu merupakan Penjawat Awam yang ada hubungan terus dan terlibat secara langsung dengan rakyat di peringkat bawah.


TUGAS/FUNGSI UTAMA 



Pembangunan manusia dan kemudahan asas dalam mukim.
Berkaitan Hal Ehwal Keagamaan.
Bidang Sosial dan Kemasyarakatan.
Bidang Ekonomi
Bidang Keselamatan
Pendidikan




SKOP TUGASAN KERANI PENGHULU PEMBANTU TADBIR 

ZUBAIDAH BINTI AB. RAHMAN


Pembantu Tadbir merupakan Penjawat Awam yang ditugaskan secara langsung sebagai pembantu tugas Penghulu Mukim  dan terlibat secara langsung dengan masyarakat di peringkat bawahan.


*  Pentadbiran Am Pejabat
*  Pemantauan Pentadbiran JKKP
*  Pengurusan Maklumat Mukim
*  Info Kemasyarakatan
*  Info Program Pembasmian Kemiskinan
*  Pembangunan Insan
*  Pembangunan Luar Bandar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan